Saturday, May 1, 2010

PLEASE TERSENYUMLAH!

Bismillahhirrahmannirrahim

Senyum adalah sedekah,wajah yang berseri-seri adalah kurnia Rabbani dan pemberian Ilahi. Sungguh beruntung orang yang sentiasa membawanya di wajah dan pipinya. Mempersembahkan senyuman merupakan pendahuluan kasih sayang, ikatan persahabatan dan tanda-tanda kebersihan hati.
Rasulullah (saw) bersabda:
"Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah"

Wajah yang masam akan mengirimkan kepada anda kesan kejenuhan, menghantarkan kepada anda isyarat peringatan dan kewaspadaan, dan dia inginkan anda mengerti bahawa dia tidak menyukai anda.

Kita memerlukan senyuman, senyuman kasih sayang kepada kedua ibu bapa, senyuman penuh penghormatan kepada orang berilmu, senyuman kasih sayang kepada kanak-kanak, senyuman cinta kepada isteri/suami dan senyuman keceriaan kepada sahabat.

Marilah kita tersenyum dan meninggalkan wajah masam, kerana Rasulullah(saw) adalah orang yang sentiasa tersenyum, berwajah cerah dan murah hati. Oleh sebab itu Allah berfirman kepada baginda:

"Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia"
(Surah Al-Qalam:4)
halamak!!!! cover sket bro

comeiiiii

Kucing pun tau senyum daaaa


Dipetik dari ASSALAMMUALAIKUM Selamat Datang Kebahagiaan oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni


Salam Blinkblink

Izlyn



No comments:

Post a Comment